sudah cukup sudah - nirwana

Jumaat, 27 April 2012

Kehidupan kita

kehidupan adalah anugerah utama Illahi . Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia , yang wajib kita syukuri dan hargai . Internet adalah kemudahan bagi manusia . Justeru itu , manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat . sentiasalah kita beringat , apa yang kita lakukan , akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari .

gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah s.w.t kepada kita . Halalkan kegunaan akal , hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat .Kita hidup hanya sekali . SEKALI pergi tak kan kembali . Buat baik berpada-pada , buat jahat JANGAN sekali-kali . Kewujudan website , penulisan dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri . Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya . Walaupun , dunia terus maju dengan teknologi , kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan